
Bismillah al-Rahman al-Rahim
Isu cetak rompak bukanlah isu asing di Malaysia malah boleh dikatakan sudah agak sebati dengan masyarakat. Harga mahal barang asli yang mempunyai hakcipta (copyright) menyebabkan masyarakat mencari jalan lain bagi memperolehi barang tersebut dengan harga lebih murah tetapi adakah ianya dibenarkan oleh syara’? Saya akan cuba menghimpunkan penjelasan-penjelasan dari para ulama’ kontemporari sekadar daya saya dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaAllah.
Cetak rompak adalah perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis dan lain-lain tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kepada penulis atau pencipta berkenaan) [1]
Hukum Cetak Rompak
Dr. Mahmoud `Akam, professor di Fakulti Perundangan dan Pendidikan di Halad mengatakan:
Hak cipta adalah seperti duit, tiada siapa dibenarkan untuk mengambilnya melainkan melalui kontrak berteraskan syari’ah.
Sheikh Yusof Qaradawi menyatakan [2] yang Islam mengharamkan seorang muslim membeli sesuatu yang sudah diketahui, bahwa barang tersebut adalah hasil rompakan dan curian atau sesuatu yang diambil dari orang lain dengan jalan yang tidak benar kerana dengan berbuat demikian samalah dengan membantu perompak, pencuri atau pelanggar hak melakukan perbuatan melanggar undang-undang berdasarkan hadis
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wassalam bersabda:
"Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahwa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat." (Riwayat Baihaqi)
Menurut pandangan Sheikh `Abd Al-`Azeez Ibn Baz [3] adalah dilarang untuk membuat salinan sesuatu program jika pemiliknya tidak memberi kebenaran. Hadis berikut menjelaskan pandangan tersebut:
“Muslim terikat pada undang2 mereka.”
“Barangan sorang muslim tidak dibolehkan(untuk diambil orang lain) tanpa izinnya.”
“Barangsiapa yang menyuruh orang lain untuk mendapatkan perkara yang halal, akan lebih layak untuk memilikinya.”
Ini termasuklah jika pemilik program tersebut Muslim atau bukan Muslim (yang tidak berperang dengan Muslim, kerana hak milik bukan Muslim yang tidak memerangi perlu dilindungi seperti hak milik seorang Muslim) kerana setiap nas tidak menyatakan adakah urusan tersebut antara Muslim dengan Muslim atau Muslim dengan bukan Muslim.
Adakah Bahan Ilmiah Mempunyai Hak Cipta?
Terdapat perbezaan pendapat ulama dalam perkara ini, perbezaan pendapat mengenai wujud atau tidak hakcipta dalam bahan-bahan yang berbentuk ilmiah, adakah mencetak tanpa kebenaran bahan-bahan ilmiah termasuk dalam hukum yang sama dengan cetak rompak?
Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara, menjelaskan:
Sememangnya ilmu adalah hak milik semua. Tetapi itu tidak bererti yang orang lain tidak boleh menjual buku atau memiliki buku. Ia tak bermakna seseorang berhak mencuri buku dan mengambil alih makmal atau perpustakaan orang lain…
Islam menggalakkan Muslim untuk belajar tetapi juga menghormati undang-undang hak cipta, plagiarisme, cetak rompak, mengambil hak milik orang lain (dan sebagainya) adalah mencuri.
Kebanyakkan hujah yang menykong bahawa hak milik intelektual adalah serupa sahaja dengan hak milik karya lain menggunakan hujah yang sama seperti hujah-hujah yang telah dikemukakan sebelum ini antaranya:
“Muslim mesti mematuhi perjanjiannya kecuali perjanjian yang mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan apa yang haram.” (At-Tirmidhi, Hadith No. 1272)
"Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahwa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat." (Riwayat Baihaqi)
Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan; [As-Syua’raa 26:183]
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu [Al-Maidah 5:1]
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. [Al-Anfal 8:27]
Di sini jelas yang undang-undang hak cipta adalah sah disisi Islam dan hak intelek adalah hak milik yg sah dan ia dilindungi oleh syara' tidak mengira Muslim atau bukan Muslim kerana hadis atau ayat Quran tersebut tidak menjelaskan urusan tersebut adalah antara sesama Muslim atau Muslim dengan bukan Muslim
Namun begitu ulama’-ulama’ kontemporori tidak mengharamkan terus secara total kerana hukum ini tidak terdapat dalam hadis atau ayat-ayat Al-Quran secara mutlak maka hukum tersebut merupakan hukum bersyarat bergantung pada sesuatu keadaan antaranya:
1.Harus digunakan untuk tujuan pembelajaran jika sukar untuk mendapat salinan produk yang asli atau harganya terlalu mahal dan tidak mampu ditanggung. Ini berdasarkan ayat Quran:
Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya
[Al-An’am 6:119]
Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
[Al-Baqarah 2:173]
2.Bersesuaian dan uruf atau budaya setempat dimana amalan penggunaan produk yang mempunyai hak cipta untuk kegunaan peribadi adalah tidak dicela.
(Sheikh Muhammad Ibn Salih Al-`Uthaymeen)
3.Jika pemiliknya memberi kebenaran untuk kegunaan persendirian tetapi tidak boleh untuk kegunaan komersil.
(Sheikh Muhammad Ibn Salih Al-`Uthaymeen)
4.Hukum mencetak rompak hak cipta dari negara yang memerangi Islam adalah mubah (harus)
(Dr. Mahmoud `Akam)
Kesimpulan
Membeli barang cetak rompak atau membuat salinan barangan secara tidak sah hukum asalnya haram namun hukumnya merupakan hukum bersyarat dan ianya bergantung pada syarat yang diberikan.
Wallahua’lam.
Sumber:
http://demipena.comRujukan Tambahan:
1.
http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/perso/so37.htm2.
http://www.zaharuddin.net3.
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=11195035439724.
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545794